. Apa Ni Tolak-tolak .

Posted by shukriah sharuddin at 19:23
Salam Rabu sekali lagi . hehe :)

Baru teringat kisah baru anak dara mama yang kecik tu . Alkisahnya aku bawak Amnea mandi sekali dengan aku . Selalunya balik kerja aku suka mandi dengan anak dara aku sorang tu . (Kalau dia belum mandi la time ambil dari rumah tok) . Kalau nak mandikan dia sorang, memang bagi mandi dalam bilik air kat  dapur tu je . Ada satu time tu saja bawak dia mandi sekali dalam bilik mandi yang dalam bilik tidur tu . Bilik mandi ni ada shower . Mula-mula dapat mandi shower memang jerit-jerit la suka . hehe . Maklumla duk jakun-jakun lagi . hehe . 

Yang aku perasan sekarang ni kalau tengok aku nak masuk mandi, memang dia pun kalut suruh buka baju  dan pampers sebab nak mandi dan gosok gigi . (Ha sekarang dah pandai gosok gigi tau . Cakap saja "jom mandi" terus bangun nak pergi bilik air dan cakap "mama, jiji") . Dulu kalau mandi shower memang aku akan dukung dia dan bagi kena 'air hujan' (air shower) tu . Tapi sekarang tak payah dah . Biar je dia mandi sendiri . Yang nak tergelaknya, sambil aku sabun-sabun badan atau syampu atau gosok gigi sambil berdiri dekat air shower tu, ada la tangan kecik yang nak tolak-tolak aku ni sambil kata "tepi arr" . Amboi budak kecik ni duk tolak-tolak buntut mama plak . hahaha . Dia suka main 'air hujan' tu . Dah aku halang dia, memang kena tolak la . hahaha . 

Lagi satu aku dah ajarkan dia sabun badan sendiri . Aku picit baby bath tu bagi dekat dia then suruh dia sabun-sabun badan, kaki, tangan, ketiak, perut, boQboQ (buntut) dan petpet . hehehehe . Semua dia tahu buat dah . Alhamdulillah sayang kecik mama ni dah pandai ikut apa yang mama suruh buat . Nanti dah besar sikit boleh la tengok dia mandi sendiri . :) . Lepas mandi pun nak bubye-bubye 'air hujan' tau . haha . Entah apa-apa la sayang mama ni . 

Dah habis mandi aku suruh pergi ambil pampers pun dah pandai ambil dah . Dia tahu mama dia simpan pampers dekat mana . Aku memang selalu buat kerja depan dia . Sambil simpan pampers, sambil cakap yang benda tu 'pampers' . So dia tahu la kalau kita suruh ambil satu-satu benda tu . Aku akan cakap ulang-ulang kali . Alhamdulillah semua yang aku ajar tu, sekali je dia dah pick up . Satu tabiat si kecik ni suka sangat dengan kain lampin . Dulu kalau tak ada kain, dia selalu mintak "tain" . Sekarang ni dia tahu dah aku lipat dan simpan kain dia tu dalam almari dia . Walau aku ada di dapur, dia akan ambil sendiri kain dia dalam almari tu . Aku tahu sebab bila dia tutup pintu almari, memang akan bunyi . So aku ni tersenyum-senyum sorang-sorang dekat dapur sambil kata dalam hati --> "budak tu ambik kain dia la tu . hehe " . Kalau spot check balik almari, memang senget-senget la kain-kain lampin dia yang lain sebab dia tarik kain yang bawah . hahahah . lawak la sayang . Main bedal je nak ambil yang mana . Lepas tu kantoi almari selerak sikit . ^_^y  .

Sayang mama ni memang selalu buat mama tersenyum sorang-sorang :)) . Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar Amnea waktu kecik dengan almari kesayangan dia tu . Jom layannzz :)





p.e.a.c.e ^_^y

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea