. Teringin Pulak Dia .

Posted by shukriah sharuddin at 17:04
Salam Selasa kawan-kawan :)

Al-kisahnya tentang budak kecik Amnea ni dah pandai nak teringin-teringin . Teringin la dia nak ada kereta tolak dengan kaki tu . Ala-ala basikal la jugak tapi tolak pakai kaki . Asalnya aku memang tak mau beli sebab dah beli dekat dia basikal tiga roda tu . Tapi budak kecik ni teringin pulak basikal roda empat ala-ala kereta ni . Kes pergi rumah sepupu dia la ni si Qaireen tu . Naik kereta kecik Qaireen tu sampai tak mau balik rumah . 

Mula-mula uncle suruh bawak balik pinjam sat . Tapi si Qaireen tu tak bagi pulak . Biasa la kan budak-budak mana nak bagi barang dekat orang . hehe . Esoknya tu aku dan hubby bawak la si kecik Amnea ni pegi beli kereta kecik tu dekat Manjaku Baby . Harga pun boleh tahan jugak ni . Harga pulak ikut jenis-jenis . Kami beli yang paling murah la . Takkan nak beli yang mahal kot kan . hahaha . Paling murah pun RM49.90 tau . Paling mahal pun dalam RM199.90 . Fuhh! telan air liur aku . Padahal benda tu sama ja kot . Cuma design je lain . Pandai betul la orang cari duit, kan? 

Tengok je benda alah tu si budak kecik ni jerit-jerit seronok macam dah kena histeria pulak . hahaha . Oke lah malas nak cerita panjang-panjang . Tengoklah gambar si budak kecik tu dengan kereta kecik dia . hehe ^_<y 



0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea