. Pandai Nak Pilih-pilih Sekarang .

Salam Isnin yang agak ceria!! :)

Ceria la kalau dikenangkan telatah si kecik tu . hehe . Ni satu lagi perangai terbaru dia . OhMakJemah nak cerita pun sambil duk gelak-gelak . Kemarin lepas mandikan si kecik tu, aku dengan dia pun masuk bilik la nak ambil pampers dan baju nak pakai . Aku pun tengok-tengok la baju yang mana nak bagi pakai . 

Sambil diperhati oleh budak kecik tu, aku pun cakap la dekat dia ;
Mama: "Ermm nak pakai baju apa Amnea?" . Sengaja la aku cakap-cakap sambil duk pilih-pilih baju tu . Dah pegang satu baju ni , aku tanya dia lagi ;
Mama : "Baju ni, nak?" :) . 
Dia jawab ;
Amnea : "Amau, ni mama!" <-- sambil tunjuk baju kurung .
Mama : "hehe baju kurung kita pakai pi kenduri la sayang . Kita pakai yang ni oke?" . Sambil pegang baju yang nak bagi dia pakai . Dia pun angguk-angguk sambil senyum . hehe . Comel!!

Then petang tu plak mandi lagi . Lepas mandi aku ingat malas nak bagi dia pakai baju . Lagipun panas . Aku just suruh dia ambilkan pampers . Dia memang tahu dah dekat mana nak ambil pampers . So kerja ambil pampers dah boleh pass dekat budak kecik tu dah . hehe . Tapi nak tahu tak alangkah terkejut terperanjat aku time tu . adehhhh . Si kecik tu ambil pampers + t-shirt hijau <-- yang dapat free beli Drypers tu + track-suit!!!!! Ohla sayang mama . Kenapa begitu sweet . Terkejut mama tau anak mama pandai ambil lengkap pampers + baju + seluar . hehehe . 

Walid pun tergelak tengok budak kecik tu . Geleng kepala walid tengok anak dara dia pandai sangat . hehe . Masalahnya pandai pulak dia ambil baju dan seluar . Padahal seluar dan baju susun asing . hehehe . Dah ada skill choose and match la sayang kecik mama yang syomey-syomey ni . hehehe . Terharu mama T_T .

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah SWT sebab dikurniakan anak yang sihat, cergas dan cerdas akal fikiran . Amin Ya Rabbal'alamin . In Shaa Allah akanku didik 'amanahMu' ini dengan sebaik mungkin . :)

Comments

Popular Posts