. Amnea Mengada-ngada!! .

Posted by shukriah sharuddin at 19:31
Salam (:

Krem perut mama duk tergelak dekat budak kecik mama tu . Cik kecik Amnea laaa!! . Mama baru perasan dia dah pandai nak cari gaduh tau . Tok Amnea kan mengasuh Amnea dan Kakak Aimi . Dua-dua ni kalau nak main mula-mula memang oke ja . 5 minit lepas tu dah jadi tak oke dahhh . haha . 

Baru ni mama balik makan tengah hari dekat rumah tok . Boleh la mama tengok perangai Amnea ni . Masa tu kakak Aimi duduk atas riba tok . Dia pun nak rebut duduk jugak . Siap keluar ayat "piii laaa" <-- Tepi la . Sambil tangan tu tolak-tolak kakak Aimi . Cucu-cucu tok semua macamtu . Semua suka sangat nak duduk atas riba tok . Semua jenis jelous . Sorang duduk, sorang lagi pun nak duduk jugakkk . Kesian tok kiri kanam cucu duduk . hehe

Tapi yang mama nak cerita ni pasal si Amnea tu pandai pulak jelir-jelir lidah kalau nak gaduh . Aduhaiii . Pengsan mama tengok! Belajar mana tak tau . Ermmm . Sekali dengan mama pun dia jelir . Boleh pulak mama marah dia, tapi dia tak takut . Siap jelir gelak-gelak dekat mama . Terus mama tak jadi marah! hahahaha . Sebab tergelak tengok dia jelir tu . Mama jegilkan mata dekat dia, then dia tengok je mama sambil keluarkan lidah dia sikit-sikit . Hahahahahaha! Bertuah punya anak dara . Orang marah dia tapi dia main-main . Dia ingat mama main-main dengan dia kot . Adoi pening kepala mama macam ni T_T .

. Luv u Nur Eiman Amnea . N.E.A~

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea