. Swimming .

Salam sayang
Sangat lama rasanya tak update entry . Dah rindu sangat-sangat dah nak mencoret . Oke harini aku ingat nak habiskan masa bersama blog kesayangan . Off dulu facebook yang sememangnya hari-hari aku login tu . hehe . 

Mood harini nak cerita pasal si kecik sorang tu . Baru-baru ni aku & hubby ada bawa si kecik pergi swimming (actually dah kali ke dua) . Selalunya dia mandi dalam kolam kecik je dekat rumah tok . Kali ni si mama yang sayang sangat dekat budak kecik tu rasa nak bawa dia pergi mandi di kolam yang betul pulak . hehe . 

Kompleks Renang ni terletak di Seberang Jaya je . Bayaran masuk untuk dewasa RM3.00 dan kanak-kanak RM1.50 . Bayaran ni hanya untuk orang yang nak mandi saja . Untuk yang menjadi pemerhati tak payah bayar oke! hehe . Duduk diam-diam tepi kolam sambil capture gambar orang mandi . hehe .

Mula-mula bawak si kecik tu dia memang teruja habis-habisan. Time tukar swimming-suit tu oke lagi duk tengok-tengok orang mandi . Lepas walid bawak masuk dalam kolam tu dia asyik tersengih-sengih menjerit-jerit entah apa-apa . haha . Kalau tak percaya sila tengok gambar di bawah . hahaha . (Gambar 1st time pergi lupa nak copy dalam pendrive pulakk)

Gambar kat bawah ni 2nd time pergi swimming . 1st time pergi swimming tak bawak pelampung . Kali ni bawak pelampung dengan ball sekali . Yang nak tergelak tu si budak kecik ni tak dapat tangkap ball dalam air tu . hahaha . 

 Tersengih-sengih macam kerang busuk . Suruh swim tak reti . Ada pelampung pun asyik terminum air kolam  je . Apadaa~
Gambar hiasan~ kuikuikui . Akhirnya mama terjun jugak setelah sekian lama hanya memerhati di tebing kolam sambil buat muka 'teringin nak masuk kolam' . (Nasib baik walid faham . hahaha . Sebabtu dah salin baju siap-siap . :p Strategi itu penting! hahahaha) .
Kali kedua ni si kecik tak 'histeria' macam dulu . Ajak naik salin baju pun dah oke . Tak macam mula-mula dulu nangis-nangis tak mau naik . Nak mandi lagi . Orang bagi mandi & nak pakaikan baju pun nangis kuat-kuat . Malu semua orang tengok . hehe . Dah siap pakai baju segala bole pulak dia bangun & lari laju-laju tuju ke kolam . haha . Nasib baik mama dulu atlit maraton . Sempat la tangkap dia . hahaha . Geleng kepala layan si Nur Eiman Amnea ni . ^_^y

Comments

Popular Posts