. Tolong Picit! .

Salam semua kesayangan! (;

Mama : Walid boleh tolong picit mama tak?
Walid : Picit dekat mana mama?
Mama : Picit dekat bahu ni . Mama ada angin la . 
Walid : Ok (sambil picit bahu mama)

Sambil walid duk picit-picit mama tiba-tiba ada sorang budak kecik datang dan duduk di riba mama . Then dia cakap;
Amnea : Mama! Picit! (sambil dua-dua tangan dia buat lagak picit di bahu sendiri)

OMG! haha tergelak mama . Tak padan dengan budak kecik nak suruh orang picit-picit bahu dia . Macam la dia tu lenguh sangat! haha . Mama pun layankan je la picit-picit bahu kecik yang tak ada isi tu . hehe . Gelak-gelak dia rasa geli . :) . Pandai la nak main picit-picit jugak . 

Kejadian picit-memicit ni bukan setakat di bahu . Mama Amnea ni selalu lenguh-lenguh badan terutama di kaki . Time malam je mula la terasa lenguh . (memang dari kecik macam tu) . Walid Amnea la yang selalu jadi tukang urut . Tapi proses urut-mengurut ni selalu je terganggu dengan si budak kecik tu . Walid urut kaki mama, dia pun nak suruh urut kaki dia . Yang mama perasan setiap kali nak tidur dia akan mintak untuk urut kaki dia . Memang pentiru mama! Bila kita urut-urut kaki baru la dia nak lelap . 

Yang mama nak tergelak sangat, baru-baru ni mama dengan walid baring-baring depan TV sambil tengok TV . Si budak kecik Amnea ni duk main sorang-sorang . Dengan tiba-tiba dia datang duduk dekat mama (membelakangkan mama) sambil dua-dua tangan pegang bahu dan cakap : "Mama! Picit!" . hehe . Haisyy lenguh bermain ke? 

Mama dengan walid tergelak dengan Amnea . Ingatkan dulu dia cuma tiru apa yang mama buat , tapi dia ingat perbuatan tu . Walaupun time tu walid tak picit bahu mama . hehe alhamdulillah anak mama makin bijak dan makin membesar . Lagak pun nak tiru orang besar . :) . Amnea . Amnea ..

Comments

Popular Posts