. Tetamu Yang Sangat Istimewa .

Salam 

Baru-baru ni rumah sewa kami dikunjungi oleh seorang tetamu yang sangat istimewa . Seorang alim ulama' yang tersohor --> Ustaz Don Daniyal Biyajid . Memang tak sangka sangat . Hari Sabtu 16/3/2013 aku kerja . Kena ganti sekolah sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni . Tiba-tiba tengahari tu my hubby SMS cakap kemungkinan Ust Don nak singgah rumah nak rest . 

Sebenarnya Ust Don ada program di USM Penang . My hubby & kawan-kawan yang anjur program tu dan jemput Ust Don . Lepas habis program di USM, my hubby bawak Ust Don singgah ke rumah cikgu they all dulu sementara nak tunggu program untuk malam <-- Ceramah di Relau . Di antara waktu Asar & Maghrib tu la Ust Don cakap nak lepak-lepak rumah kami . Dalam pukul 6.30pm Ust Don & hubby sampai dekat rumah sewa kami . Time ni aku ada di rumah mak aku . 6.45pm macamtu baru aku balik . Kesian Ust Don datang lepak rumah kami yang tak seberapa tu . Malu jugak orang besar datang rumah yang tak seberapa ni . Tapi aku salute la dekat Ust Don sebab dia sangat-sangat lah humble . Sangat tak kisah . Jadi aku pun tak kisah jugak la . Tetamu kena muliakan . Barula rezeki masuk . :)

Lepas Maghrib (pukul 8.00pm), mak, ayah & adik-adik aku datang rumah aku sebab nak jumpa dengan Ust Don secara life . Selalunya dapat tengok dalam TV je kan . hehe . Ayah & mak la yang teruja . Ust Don panggil dekat ayah & mak --> Tuan Haji & Hajjah (walaupun ayah & mak belum dijemput menjadi tetamu Allah) mudahan berkat panggilan dari Ust Don tu akan jadi kenyataan suatu hari nanti . Amin . (Psstpsstt dekat aku pun Ust Don panggil Ustazah tau! ahaks! ^_^). 

Bertuah rasanya rumah kita yang tak segah rumah orang lain dapat kunjungan hormat dari seorang penghafaz Al-Quran . Rasa terharu sangat-sangat time Ust Don melaungkan azan dalam rumah kami . :) . (Alangkah baiknya kalau rumah itu rumah kita sendiri) . Takpa-takpa nanti dah ada rumah sendiri nak jemput Ust Don datang singgah lagi . hehe berangan!

Kat bawah ni antara pic yang sempat ambil :


Opps lupa pulak nak cerita, lepas Maghrib & tangkap gambar kenangan tu, kami semua terus gerak ke PLKN Relau untuk dengar ceramah Ust Don . Time Ust Don bagi ceramah tu boleh pulak si kecik Amnea duk jalan lalu lalang depan pentas tu . Actually dia nampak walid dia duduk sebelah pentas tu . Sebab tu dia terkedek-kedek jalan depan pentas nak pergi dekat walid dia . hehe . Ust Don tengok budak kecik lalu depan dia, dia siap cakap "aik malaikat mana yang lalu ni" hehehe . Sebab time ni Ust Don ada sebut pasal Malaikat . Tup-tup budak kecik tu duk lalu depan pentas . Siap jadi bahan dia la . hehe . Apa la Amnea ni . malu kat orang ja . :) .




Comments

Popular Posts