Selamat Panjang Umur Puteri Kesayangn Mama

Salam Penuh Kesyukuran
Hari ni 25 September 2012 genaplah usia puteri sulungku yang ke 1 tahun Nur Eiman Amnea binti Mohd Fuad. Masih segar dalam ingatan saat melahirkan anak sulung permata hati ini. Deliver dua minggu awal dari due date. Pengalaman bersalin cukup bermakna buat aku. Merasa jugak aku perit getir melahirkan anak. hehe. Jom aku cerita sedikit sebanyak pengalaman bersalin ni jom!

Ingat tak sebelum ni aku ada cerita aku apply cuti dua minggu awal dari due date? Ye due date 7/10/2011 tapi aku apply 26/9/2011 (Isnin). Hari last kerja sebelum cuti (Jumaat: 23/9/2012. Time ni aku pergi kerja merempit tau! Rock tak? hehe) tu memang hati bunga-bunga la sebab nak mula cuti panjang kan? Balik kerja aku siap singgah lagi rumah Suzan (member baik aku yang baru bersalin). (Hari rezeki jugak sebab pakcik Mat (PAP Sekolah) bagi kacang bendi dan mak Suzan bagi cabai melaka). Di sebelah malam plak kena merempit sekali lagi ke Parit Buntar sebab nak ambil si suami yang masa tu kena tinggalkan kereta di workshop (kereta sakit). 

Tiba time malam. Aduh! tiba-tiba plak perut aku rasa sakit. Aku ingatkan contraction palsu sebab due date aku pun lambat lagi. Memang aku pernah rasa sakit macamtu. Aku pernah baca jugak tanda-tanda nak bersalin di internet (selain dari tanda-tanda yang nurse bagitahu). Tapi malam tu sakitnya kerap pulak. Setiap kali sakit, aku tengok jam. Sebab tanda-tanda nak deliver :
1. Rasa sakit berterusan selang 5 minit
2. Pecah Mentuban
3. Turun Darah

Tapi mengikut perkiraan aku, rasa sakit yang aku alami tu selang setiap 10 minit. Entah kenapa malam tu aku terasa nak  tidur dekat bawah (beralaskan tilam tebal yang baru dibeli untuk digunakan time berpantang). Tidurlah si suami atas katil sorang-sorang. Sepanjang malam aku menahan rasa sakit yang sekejap-sekejap datang tu. Nak dikejutkan si suami yang nyenyak tidur tak ingat dunia tu rasa macam mengganggu pulak. Menjelang Subuh tu aku kejutkan jugak si suami. Menggelabah la dia bila aku cakap sakit perut tu. Cepat-cepat dia call workshop tanya pasal kereta yang dihantar semalam tu. Mujurlah workshop tu buka seawal jam 9 pagi dan kereta pun siap dibaiki. Pagi tu lepas sarapan, si suami terus call taxi dan bergegas la ambil kereta. 

Aku pun siap-siapla barang yang memang sudah tersiap sedia di dalam beg untuk dibawa ke hospital. Asalnya nak ke hospital Sungai Bakap tetapi si suami bawak aku terus ke Hospital Seberang Jaya. Katanya dekat sikit kalau berulang dari rumah mak mertua aku. Sepanjang perjalanan ke hospital, sakit sekejap-sekejap tu datang selang setiap 5 minit pulak. omg! Sesampainya di hospital, si suami terus bawa aku ke Labor Room. Dah masuk labor room, aku diminta untuk menukar uniform pink. hehe. Macam malu pulak nak pakai. Dahla besar. Perut aku tu kecik je. (Dalam hati ni duk cakap sorang-sorang kenapa nak tukar uniform siap-siap?Kang belum sampai masa kena tukar balik pulak. Kan malu?)hehe. Tapi aku yang menurut perintah ni tukar la jugak uniform pink tu. Ramai jugak yang tengah tunggu turn nak check up. Tiba giliran aku banyak la pulak pertanyaan daripada nurse. Selepas disoal selidik akhirnya aku diminta untuk baring dekat atas katil sebab nak check pulak bukaan bawah tu. Ohh baru buka 1cm. Tapi aku diminta untuk check in ward pre-natal (:

Aku ditempatkan di sebuah bilik first class lagi sebab guna GL si suami. Duduk sorang-sorang dalam bilik pun bosan jugak sebab tak boleh nak sembang-sembang. Cuma boleh menahan sakit sorang-sorang. huhu sakitnya! Sekali lagi sepanjang malam aku menahan sakit yang berselang-selang 5 minit tu. Kalau terlelap pun dalam dua tiga minit je. Nurse yang bertugas sekali sekala datang jugak jenguk aku di bilik tu tanya keadaan aku takut-takut terberanak pulak aku sorang-sorang kan. Pukul 1pagi aku bangun dan berjalan ke kaunter nurse minta untuk check bukaan bawah. Bukaan masih lagi 1cm. Pukul 2pagi sekali lagi aku minta untuk check bukaan bawah sebab aku dah tak tahan sakit. Time tu memang fikir nak bersalin je. Tapi hampa. Kali ni bukaan hanya buka 2cm. Jalan la aku terkedek-kedek ke bilik dan rehat-rehat sampailah aku terlelap sendiri.

Tepat jam 5pagi aku bangun dari katil dan rasa macam ada lendir di peha. Aku selak uniform yang aku pakai tu tengok-tengok ada darah sedikit. Cepat-cepat aku berjalan ke kaunter nurse dan inform nurse tu. Bukaan bawah dah buka 4cm. Nurse minta aku bawa baju baby dan SMS si suami untuk beritahu yang aku bakal ditolak masuk ke labor room. (: Perjuangan aku bakal bermula sebentar lagi. Masuk labor room aku dah tak dapat nak menahan kesakitan. Sempat lagi aku genggam tangan nurse pelatih yang lebih kurang 10 orang mengelilingi aku tu. Aduh tolong! Aku sangat sakit! Nurse siap bagi aku tangki oxygen untuk aku tarik nafas dalam tu daripada nak elak dari teran sebab bukaan masih belum buka 10cm. Sungguh susah nak kawal diri dari meneran sebab memang akan terteran dengan sendiri. Darah memang keluar banyak sampaikan nurse terpaksa tukar uniform baru untuk aku. Hadoiyaii~

Selepas bertarung dengan kesakitan yang amat sangat tu, aku pun selamat melahirkan seorang puteri sulung yang sangat comel tepat jam 8.36am seberat 2.61kg. Syukur Alhamdulillah (: . Hati gembira tidak terkata. Sakit yang tadi kurasa hilang begitu sahaja. Indahnya kekuasaan Allah. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi aku peluang merasai nikmatMu di dunia ini. Amin. 

Dan hari ini si kecil comel mama dah pun jadi si besar comel mama. (: Selamat Hari Lahir Buat Sayang Mama. Mama sayang Nur Eiman Amnea sampai ke akhir hayat mama. lol! Sekian

Comments

Popular Posts