Untuk Permulaan

Posted by shukriah sharuddin at 20:56
Salam Sabtu untuk semua,
Untuk permulaannya, ingin aku perkenalkan siapa pemilik diri ini. Ecewaahh berpuitis-puitis la pulak kan? Aku sebenarnya adalah diri aku dan tiada yang lain melainkan diri aku semata-mata. (Duk mengarut la plak). Ok stret to de point, aku adalah seorang isteri dan mama. Ya aku sudah berumahtangga dengan seorang yang bergelar lelaki ofcos. hehe. Hasil perkongsian hidup bersama si suami, kami dikurniakan dengan seorang zuriat perempuan yang diberi nama Nur Eiman Amnea binti Mohd Fuad. 25 September (2012) genaplah usia puteri sulungku setahun. Erm dah besar pun anak dara aku sorang ni. Cepatnya masa berlalu. Baru ja rasa duk malu-malu kucing duduk atas pelamin jeling menjeling blablabla. (ok stop flashback!)

Pertemuan yang tidak dirancang bersama si suami akhirnya menyatukan hati kami hingga ke jinjang pelamin. Ingat lagi aku first time teman kawan aku dating dengan balak dia. Time tu la boleh kenal dengan suami aku ni. Ayat punya ayat, ngurat punya ngurat, last-last sangkut gak aku dengan dia <-- aku yang kena ngurat oke!bukan aku yang mengurat. hahaha. Tahun pertama kenal-kenal (July 2008), tahun kedua bertunang (June 2009), tahun ketiga nikah (Nov 2010), tahun keempat dapat anak (Sept 2011). wahh! sangat hebat. hehe. Tahun kelima?? Masih bertiga lagi la. :)

Ok sambung nanti ada kerja plak nak buat. babai!




0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea