Si Suami Kena Gangguan??

Salam & Selamat Pagi
Baca tajuk post aku kali ni macam menggerunkan. Meremang bulu roma. huhu. Apakah yang mengganggu si suami aku itu? Kenapa si suami diganggu?

Ceritanya begini, hari Ahad lepas si suami dan rakan-rakan menghadiri jamuan makan anjuran JAST (Jalinan Ukhuwah Lepasan SMKANT di Putrajaya. Sepulangan mereka dari Putrajaya, kawan-kawan si suami terus hantar si suami ke Tanjung Malim (UPSI). Melalui jalan-jalan di situ sedikit menggerunkan. Mungkin kerana jalan lama atau jalan itu tidak begitu ramai yang guna.

Sesampainya si suami di rumah sewa, dengan keletihan badan si suami pun baring-baring merehatkan diri. Di antara separuh sedar, si suami tiba-tiba diganggu dengan makhluk Allah yang satu lagi. Hodoh! Buruk! Itulah gambaran yang diberikan si suami. Bila si suami bangun dan ingin menghalau si makhlus halus tadi itu, tiba-tiba makhluk itu tiada. Hilang entah ke mana. 

Gangguan pertama berlalu begitu sahaja tetapi datang pula gangguan kedua. Kali ini si suami diganggu berupa bau-bauan yang harum semerbak! Oh apakah motif gangguan ini? Adakah kerana si suami dan rakan-rakan terlajak kata ketika melalui jalan-jalan yang menjadi kediaman si makhluk itu? Atau si makhluk itu tersalah ikut dan tak tahu nak kembali pulang? Oh! tak boleh nak fikir. Hanya doa boleh dipanjatkan untuk menghalau si makhluk itu jauh-jauh. 

Tempias kegerunan itu turut dirasai oleh aku. Mana taknya, maunya si suami balik nanti si makhluk itu ikut macam mana? huhu takut! Mintak simpang! Ya Allah peliharalah kami sekeluarga dari gangguan makhluk-makhluk halus itu. Amin.

Comments

Popular Posts