. Kalau Dah Memang Anak Dara .

Salam Isnin yang syahdu (:

Oh memang senyum-senyum sambil taip entry harini .  Semuanya gara-gara si anak dara aku yang sorang tu . hehehe . Memang tersenyum aku sorang-sorang bila teringat gelagat dia semalam . 

Alkisahnya, si anak dara kecil aku yang comey tu sekarang dah pandai nak tiru-tiru mama dia ni . Macam-macam la dia tiru . Mama dia ni selalu sapu sampah, mop lantai, sidai baju, lipat baju, sikat rambut, pakai bedak, pakai lotion pakai perfume dan macam-macam rutin harian la kan . Tak sangka pulak segala yang aku buat ni ada si mata kecik ni duk memerhati . hehe .

Perkara mula yang aku perasan, si anak dara aku ni suka sangat main penyapu . Ada satu hari tu aku tertidur depan tv tiba-tiba pangg!! batang penyapu sedap-sedap landing atas kepala . hehe . Lepas tu, si anak dara tu pandai-pandai ambil mop (time dekat rumah tok) dan bawak ke ruang tamu sambil duk mop lantai . hehe adoiyai . 




Haritu dalam kereta, dia ambil casing handphone aku yang lama yang ada dalam dashboard, dia ambil, dia buka dan buat lagak macam tengah pakai krim . hehe . jari tu calit-calit dekat casing tu dan calit pulak dekat muka . hahahahaha . (duk tengok mama pakai krim muka la tu)

Dan yang paling latest ni si anak dara dah pandai pakai bedak . Selalu memang dia pandai pakai bedak powder dia tu lepas mandi siap-siap pakai baju . Tapi kali ni pakai COMPACT POWDER!! OMG!! haha .  Dia senyap-senyap masuk bilik maksu Ida dia, naik atas katil, capai span alas bedak tu dan lagak macam pakai bedak . hehehe . Tok wan pun duk cerita, kalau tiba-tiba dia senyap hilang tu mesti ada dalam bilik maksu . Duk pakai bedak sambil tengok cermin macam orang besar . isyisyisy la anak dara mama ni . :) (gambar si anak pakai bedak nanti aku try cari . hehe)

Petang semalam aku duk kalut siap-siap pakai bedak depan cermin . Time tu dia baru bangun tidur . Tiba-tiba kalut jalan masuk dalam bilik maksu . Aku pun ikut dia senyap-senyap kot belakang . Tengok-tengok siap dah panjat katil ambil span bedak sambil tengok cermin . kahkahkah . Sangat lucu la sayang oi!! Nak tiru mama la tu . (:

Adeh geli hati geli perut aku teringat gelagat budak kecik ni . Alhamdulillah la sebab dia boleh ikut apa yang kita buat, dia boleh fikir dan cuba tiru apa yang dia nampak . Mama doakan supaya anak mama membesar dengan baik dan ikut perkara yang baik-baik . Sebab tu la selalu orang pesan, anak-anak menjadikan kita ibu bapa sebagai role model meraka . Segala perbuatan, perkataan yang dibuat dan diucap, anak-anak dengar dan memerhati. So kita sebagai role model kepada anak-anak kena jaga setiap tingkah laku dan kata-kata supaya kita boleh menjadi seorang role model yang terbaik untuk anak-anak . InsyaAllah . Amin~

Comments

Popular Posts