. Alhamdulillah Anak Mama Sudah Pandai Bercakap .

Salam & Selamat Pagi & Selamat Hari Isnin!! :)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab anak dara mama dah pandai bercakap . Dah banyak perkataan yang keluar dari mulut anak mama ni . Ayat pun dah pandai buat . Nur Eiman Amnea pandai cakap time umur setahun lebih . Masa mula-mula tengah belajar bercakap tu memang keluar bunyi hujung-hujung je . Tapi sekarang alhamdulillah memang dah banyak yang Amnea bole sebut dan mama faham apa yang dia mintak tu . :)

Contohnya:
1. Kalau nak mintak susu dia akan cakap "mama,cucu!" (susu)
2. Kalau kita suruh atau mintak dia buat apa-apa then dia tak mau ikut, dia akan cakap "amauu" (takmau)
3. Kalau nak minum air, dia akan mintak "mama, nak ayaQ teh" (hehe sebenarnya semua air dia akan panggil air teh)
4. Kalau nak mandi je & masuk bilik air dan-dan tunjuk berus gigi nak gosok gigi sambil cakap "gigi!"
5. Kalau kita tanya mana mata, hidung, mulut, telinga, dahi, dagu, tangan, kaki, rambut semua tu pun dah tahu nak tunjuk.
6. Alhamdulillah anak dara mama ni dah pandai baca "Bismillahirrahmanirrahim". 
7. Kalau kita baca Al-Fatihah pun dia usaha nak ikut . Ada jugak tu bunyi-bunyi yang betul . :)
8. Setiap malam kalau nak tidur, aku ajar dia baca doa tidur . Aku baca dulu "Allahumma bismika ahya wa amut (amut dia yang sambung) tapi kalau dia tak mau sambung, dia sambung "amau!" hehehe .
9. Sebelum tidur jugak kami selalu main-main dulu . Aku la yang selalu layan dia malam-malam before nak tidur tu . Walid tidur lewat sebab tengok TV dulu . Aku ajak dia main macam ni --> "Siapa tidoQ tempat mama dulu!!" "Siapa tidoQ tempat Amnea dulu!! Bila cakap macamtu,aku tunjuk la cepat-cepat tidur kat tempat tidur . Mula-mula dia ikut je lari cepat-cepat pegi ke tempat tidur tu . Tapi sekarang ni dia yang cakap sendiri . Tak sangka dia akan ikut apa yang aku cakap . Dia akan kata "apa doq empat mama!!" hehe at least dengar la jugak ayat yang nak sebut tu . Kadang-kadang short cut "apa doq amea!" hehehe . pastu dia sendiri yang pegi cepat-cepat dekat tempat tidur . :)
10. Sekarang ni kalau dia poopoo dia akan tunjuk boQboQ (buntut) dia . Tepuk-tepuk boQboQ sambil cakap  "a'ak" . Dulu ajar dia cakap poopoo . Mula-mula dia ikut "poopoo" tapi dah tok dia ajar cakap "berak" so dia pun sebut "a'ak" . hehe . Tak apa la sayang mama nak sebut apa pun asalkan mama faham apa yang sayang mama nak bagitahu . :)
11. Kalau lapar nasi, dia akan mintak "mama,cik" (nasik)
12. Kalau kita cakap "comelnyaa" , cepat-cepat datang dekat pastu duk pegang-pegang dagu sambil cakap "omeynyaaa" (yang ni walid yang ajarkan time ada atas kereta)
13. Kalau nak cakap "I Love You" tu, dia akan pegang dua-dua pipi kita sambil cakap "aiyuuu" hehehe . 
14. Kalau nak kiss mama mesti cakap "ayaanggg mama" :) hehe suweett kan??
15. Kalau nak suruh panggil mama, walid, wan, tok, cik ah, aunty, maklong, abang alif, aimi, qaireen, maksu semua tu meang pro dah . hehehe . Apa saja kita suruh dia panggil memang dia akan ikut panggil jugak . Maknanya dia dah pandai la nak tiru kita cakap apa . Masa sekarang la kan kita nak ajar dia cakap . Eee mama tak sabar nak dengar Amnea cakap lancar nanti . Mesti potpetpotpet! ^_^

Errmm banyak lagi yang anak dara mama ni boleh sebut . Sebagai mama yang tengok anak mama membesar di depan mata, mama bersyukur sangat-sangat anak dara mama membesar dengan baik . Mama selalu doakan anak dara mama ni sihat dan aktif selalu . :) .In Shaa Allah mama dan walid akan sentiasa didik Nur Eiman Amnea dengan penuh kasih sayang . Mmmmmuaahhh!





Comments

Popular Posts