. Alergik MAIN . haha

Salam Jumaat Penuh Barakah ^_^

Kenapa alergik? Siapa yang alergik? hehe . Tu tu budak kecik tu yang alergik betul dengan perkataan "main" . hahaha . Pantang dengar orang sebut "main", dan-dan la cakap "yayy!!" . Hok oloh perasan . Sapa entah yang nak bawak dia main . hehe . 

Kisah #1 :
Tiap-tiap petang selalunya mamanea dengan Amnea akan sampai di rumah dulu sebelum walid sampai rumah . (Walaupun sekolah walid dekat dengan rumah . Kentut pun boleh dengar . hehe oke tipu) . Mamanea kan balik kerja pukul 4.00 petang . Lepas saja ambil si Amnea dari rumah tok, terus saja balik rumah sebab nak masak bagai . Aktiviti petang kami --> lepas masak, mandi, tengok Sepanbob, Upin Ipin, dan cerita Binar Bening Berlian, mamanea akan bawak si Amnea riadah petang di playground . Rasanya mamanea ada cerita pasal playground ni kalau tak silap . Kalau silap tu buat-buat tahu dah la ye . hahaha . Keluar pergi playground tu dalam pukul 6.30 petang macam tu . So boleh la layan si Amnea tu main-main sampai sebelum masuk waktu Maghrib . 

Sementara nak tunggu mamanea siap buat kerja masak kemas rumah bagai, si Amnea pula sibuk dengan aktiviti homeworknya tu . hehe . Suatu hari tu lepas balik rumah dia nak ajak keluar main terus . Mamanea tak bagi la sebab masih panas . Lagipun mamanea nak buat kerja dulu . So mamanea ajak la dia masuk rumah dulu . Sedang mamanea duk masak memasak di dapur, tiba-tiba kedengaran walid pulang . hehe . Tiba-tiba mamanea dengar di Amnea ni jerit-jerit "yayy, alid" (alid a.k.a Walid) :) . Terus dia terpa lari ke pintu rumah dan tunggu walid buka grill sambil duk cakap "main . main . main!" . Mamanea hanya dengar dari dapur saja . Lepas tu walid datang dekat mamanea dan cerita : 

Walid : "Mama tau tak Amnea tak bagi abang masuk rumah tadi . Dia halang dengan tangan dia sambil duk kata MAIN" .
Mamanea : "hehehe patut la mama duk dengaQ dia duk jerit main main main" .

Kisah #2 :
Semalam sebelum tidur macam biasa mamanea kena layan si Amnea ni . (Walid macam biasa tidur tak sedarkan diri =,=") . Macam-macam la kami main --> baca doa, main tutcak, gelak-gelak . Tiba-tiba si Amnea ni cakap "kakak...noi" . Sapa faham si kecik mamanea ni cakap apa sila angkat tangann!! hehe . Oke tak faham tak pe (walid pun tak pernah faham apa yang Amnea cakap) . Mamanea sorang saja yang faham anak mamanea sebab all the time mamanea dengan Amnea . :)) . 

Oke sebenarnya Amnea cakap pasal petang tadi time dekat playground . Ada kakak naik buai (noi di sini beerti Ndoi = Buai . Orang utara kan sebut ndoi . Ala kan orang selalu buat "Majlis Berendoi" tu . Ha ndoi tu la . BUAI!!) hehe . Faham tak? Kalau masih tak faham ndoi tu apa, sila rujuk encik Google . Terima Kasih :) . Kononnya dia nak cerita dekat mamanea la petang tadi kakak tu naik buai laju-laju . Mamanea pun layankan saja sembang-sembang dengan budak kecik tu . Kami sembang macam ni :

Amnea : "Kakak..noi.." [sambil duk buat muka kerut-kerut]
Mamanea : "Ermm..tadi kakak tu naik ndoi kan . Amnea pun naik ndoi jugak kan tadi . hehe . Lajuu . Best tak?" .
Amnea : [hanya mengangguk]
Mamanea : "Esok kita p taman lagi tau"
Amnea : [masih mengangguk] "Nak mainn"
Mamanea : "Esok la kita p main . Lani malam dah . Tak boleh main dah . Takut . Gelap" .
Amnea : [mengangguk-angguk sambil isap jari . Lepas tu dia buat-buat gelak]
Mamanea : "Dah-dah jom kita tidoQ . Malam dah ni . Mama mengantuk dah" .
Amnea : [duk gelak-gelak lagi sebab dia ingat kita duk main-main dengan dia]
Mamanea : "Dah la sayang . Jom tidoQ . Amnea ingat mama cakap main-main ka" . [sambil duk geletek dia]
Amnea : Dengan tiba-tiba "Yayyyyy Yayyyy!!!!" 
Mamanea : "Oittt! mama bukan nak ajak pi main la . Mama kata mama tak cakap main-main" .
Amnea "Yayyyy Yaaayyyy!!" 
Mamanea : [tergelak la sampai walid pun terjaga dengar kami dua-dua duk gelak]

Apada budak kecik ni . Alergik sungguh dengar perkataan MAIN . Dia ingat orang nak ajak dia pergi main kot . huhuhuhu . Oke habis dah cerita . Lepas tu mamanea tak layan dia dah . Mamanea pejam mata . Tengok-tengok si kecik tu pun tertidur jua akhirnya . hehehe . Sekian~

Comments

Popular Posts