. Hobi Tersembunyi .

Salam kawan-kawan blogger mamanea yang tak berapa ramai tu :))) (wey-wey ajaklah kawan-kawan follow blog mamanea ni wey . hahaha)

Mamanea baru balik lab dari mengawasi students exam . Nasib baik kelas atas lab ni je . Kena relief dua kelas hari ni . Satu lagi kelas tengahari nanti . :)) . Sekali sekala perasan jadi cikgu cikgi apa salahnya walaupun ini bukan bidang tugasku . hehehe .

Berbosan-bosan sorang diri dalam lab ni tup-tup tengok gambar-gambar dalam phone, tiba-tiba rasa nak buat entry baru untuk kesekian kalinya . :) . Di rumah sewa mamanea tu, mamanea ada beberapa pasu yang menghiasi halaman rindu mamanea . hehe . Pasu-pasu yang sudah tertanam pokok-pokok hiasan tu sebenarnya mamanea ambil dari rumah tok Amnea . Rumah tok Amnea banyak sangat pokok-pokok bunga . Apa salahnya cilok dua tiga pasu kans . Walaupun tok Amnea rela dalam keterpaksaan . hahaha . (hok oloh mak ni dua tiga pasu ja pun . Tak luak aihhh . hahahaha )

Jom cekidouts gambar-gambar yang mamanea snap ni jom ;

1. Pokok Kemboja Cina
(mamanea ambil dari Taman Sains Sekolah)
. ada dua pokok . yang dah berbunga tu mula-mula ambil . 
. pokok kedua tu pun dah tinggi lampai sekarang . dah berbunga pun . :)

 . cantik bunga dia . mamanea sayang dengan pokok kemboja cina ni . 
. hari-hari belek bunga dia . tapi bunga tak tahan . sekejap saja dah luruh .
. pokok ni tak boleh siram banyak air sangat . 
. musim hujan baru ni daun pokok ni kekuningan . :(

. nampak tak dekat bawah tu dah keluar bunga jugak . 
. yang ni gambar time mula-mula nak keluar bunga . meriah bunga dia .

2. Pokok Cabai Mamanea
(mamanea tanam sendiri)
. dah tinggi pokok cabai ni . Daun agak kekuningan . Itu pun mamanea dah kerat-kerat sikit .
. Semut hitam pun asyik nak duduk dekat daun je . huhuhu . Gerammm .


3. Pokok Taktau Nama
(ambil dari rumah tok Amnea)
. Mula-mula pindah rumah mamanea, pokok ni macam merajuk . habis kuning daun dia .
. Haa tengok sekarang dah segar bugar terserlah kehijauan dia . hehe .

4. Pokok Pandan
(ambil dari rumah tok Amnea khas disemai untuk mamanea . yayy)
. pokok pandan ni pun makin rimbun . 
. tok Amnea memang tanam untuk bagi dekat mamanea .
. tenkiu Mak!! .
. mamanea ambil pandan ni la untuk buat nasi lemak :)) .

5. Pokok Hiasan Taktau nama
(ambil dari rumah tok Amnea)
. pokok ni pun mula-mula pindah rumah, daun luruh macam nak mati .
. Tapi at last cuba tengok . merambu rambubu rambu rambaaaa . hahaha . iloike~

6. Pokok Hiasan Taktau Nama Jugak . haha
(ambil dari rumah tok Amnea)
. Pokok ni first time ambil dari rumah tok Amnea dulu kecik saja . Pendek .
. Now dah tinggi you . hehehe . 

7. Tukang Siram Pokok
(anak dara mamanea) 
. Oke yang ni gambar full view 'Taman Mini Mamanea' .
. Ada dua lagi pokok kaktus mamanea lupa nak snap pic .
. Haaa!! satu lagi pokok kari . Tu tu Amnea lindung . 
. Alamak lupa pulak nak snap pokok kari tu . Daun kari tu mamanea ambil untuk buat 'gulai' .
hehehe sapa nak daun kari dengan daun pandan, sila datang rumah . ^_^ . 
. Sekian .


: Untung ada anak dara . Boleh tolong mamanea buat kerja-kerja rumah ^_^y . Harap dari kecil sampai ke besar la anak dara mamanea ni rajin ye . Amin :


Comments

  1. rajin tnm pokok..rumah aku tanam pokok rumput ja.. xdan2 lagi nk tanam..dok dkt setaun dah.. bz manjang..balik gheja magrib p gheja pas subuh..naseblaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun cilok pasu bunga umh mak aku ja..pindah masuk umh sewa ni tgk kosong ja mcm xdak seri..tu yg aku kecek mak aku bagi dua tiga pasu tu...ni duk plan nak tanam kucai plak....hehehe..boleh buat cucuq udang...yayyy..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts