. Jangan Bersangka-sangka .

Salam Rabu :)

Sedang mamanea duk ushar-ushar new feeds dekat wall Facebook, nampak satu status sorang friend ni . Tak sure pulak friend mamanea ni copy paste dari mana tapi menarik jugak status tu . Status tu macam dekat bawah ni . Cekidout!~ :))

"Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka.."

  • Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
  • Orang beribadah disangka riak
  • Orang yang “relax” disangka malas
  • Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
  • Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
  • Orang makan banyak disangka pelahap
  • Orang makan sikit disangka “diet”
  • Orang baik disangka buruk
  • Orang buruk disangka baik
  • Orang senyum disangka mengejek
  • Orang masam disangka merajuk
  • Orang bermuzakarah disangka mengumpat
  • Orang diam disangka menyendiri
  • Orang menawan disangka pakai susuk
  • Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
  • ••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
  • ••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
  • ••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
  • ••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
  • ••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...

: Tak baik bersangka-sangka pada orang . Silap sangkaan dapatlah dosa free . Renung-renungkanlah . #peacenowar :

Comments

Popular Posts