. Oh Bantalku .
Salam semua :)
(mood mengantukzz yang semakin tidak dapat dikawal . Paksakan diri taip cerita dalam blog untuk menghilangkan mengantuk . Nasib baik teringat satu cerita)
Tenks semua sudi jenguk blog mamanea . Walaupun masih belum ramai follower (entah follower-follower sekalian ni baca ke tak apa yang mamanea merepek dekat sini . hahaha . wey meh la follow mamanea . bosanla macamni . isk . isk)
Oke-oke actually nak cerita pasal Amnea dan bantal . Amnea lagi?? Ofcos ler nak cerita pasal budak kecik mamanea yang sorang tu . Kalau cerita pasal mamanea macam tak best pulak . hehe . Dua hari lepas, lepas pulang dari rumah tok, mamanea macam biasa la ingin memasak di dapur <-- rutin harian lepas pulang kerja mesti kena masuk dapur pulak jadi chep!! T_T .
Selalunya mamanea buka TV siap-siap dan tinggalkan Amnea main sorang-sorang di ruang tamu . Dan aktiviti Amnea hari-hari adalah membuat homework . haha . homework homework dan homework lagi dan lagi . Kadang-kadang oke je dia buat homework sorang-sorang . Kadang-kadang mamanea la kena layan dia kejap-kejap sambil nak masak . Aduh macam ni la kan tugas seorang MAMA! Nasib baik la Amnea dapat mama yang sangat comel! hahahaha . Ohcomelkankaktonnn~ ^_^
Haritu mamanea sibuk-sibuk bersilat di dapur, tiba-tiba macam pelik pulak si Amnea ni tak datang kacau pun mamanea masak . Mamanea pun intai-intai la dia di ruang tamu . Oh rupanya budak kecik tu baik punya duk baring tengok upin-ipin . hehe . Yang nak tergelak, Amnea pandai pulak masuk bilik ambil bantal sebab nak landing depan TV (selalu kalau tak ada bantal dia landing cenggitu je sampai tertidur). hahaha . Ambil bantal kecik <--bantal Amnea guna time baby . Selalunya mamanea sedia siap-siap bantal depan TV tu sebab memang dah terhampar toto depan TV untuk lepak-lepak . Tersenyum jugak mamanea tengok dia baring berbantalkan bantal kecik tu . Dah pandai berdikari sayang kecik mamanea . Mesti nak ambil bantal besor tak larat angkat . hahahah .
: kartun kegemaran Amnea Sepanbob dan Upin Ipin . Kalau dekat rumah tok, suka tengok Pada Zaman Dahulu :) :
Comments
Post a Comment