. Siapa Yang Termakan Cili Dia La Yang Terasa Pedasnya .
Salam :)
Cili tu pedas . Kenapa nak makan banyak-banyak? hehe . Owhh itu kegemaran mamanea . Jangan salah sangka tau . Post mamanea ni bukan untuk panas atau pedaskan siapa-siapa . Just nak bagitahu pasal cili atau lebih dikenali dengan nama 'cabai' <--orang utara kanns . :)
Bukan cili/cabai hidup tapi cabai melaka . Alamak kenapa orang panggil cabai melaka? Pliss jangan tanya mamanea yang sememangya tak tahu ni . hehehe . Mamanea memang terlalu suka makan pedas-pedas ni . Bukan setakat makan makanan pedas-pedas, masam+masin+pahit+manis+kelat semua suka . hahaha . Tapi untuk post ni mamanea hanya untuk cerita pasal 'Cabai Melaka' .
Disebabkan terlalu suka, mamanea pasang angan-angan nak tanam sendiri pokok cabai ni . Sebabnya, kalau beli banyak-banyak buat stok nanti lama-lama cabai tu kecut dalam peti ais . Tak pasal-pasal buang je . huhu . Oke stret-to-de-point jom kita tengok gambar pokok cabai yang mamanea tanam ni .
Cerita di sebalik pokok cabai ni --> actually mamanea tak tahu pun nak tanam cabai . Mula-mula tu seronok petik cabai ni di Taman Sains sekolah . Hati sangat riang sebab dapat petik banyak-banyak . Ada satu time ni mamanea cakap dekat member mamanea .
Mamanea : "Bestnya kalau ada pokok cabai sendiri..Tak payah nak beli-beli..Geram tengok pokok cabai tu..Sekali berbuah sampai tak larat nak petik"
Kawan Mamanea : "Pokok cabai dekat rumah kami cabai dia tak merah lagi..Kalau tak boleh bagi benih untuk tanam".
Mamanea : "Aik macam mana nak tanam cabai kak?"
Kawan Mamanea : "Laa..senang saja..ambik cabai yang masak merah tu..lepastu taboQ saja bijik dia..Nanti tumbuh la" .
Mamanea : "Yakaaa..senang saja la kak..kami ingat susah sangat..baru ingat nak beli anak pokok dekat pasar malam tu..hehehe" <--malunya tak tau macam mana nak tanam pokok cabai .
Balik rumah petang tu terus buka peti ais cari cabai kaler merah . Lepas tu tabur-tabur biji dia dalam pasu . hahahah . Siap-siap letak baja lagi . Tak sabar nak tengok pokok tu tumbuh . hehe . Tapi tak ingat pulak berapa lama nak tunggu keluar daun macam dalam gambar tu . Tapi yang pasti kejap je dah tumbuh . Nampak tak dia tumbuh merata-rata?? Tok Amnea kata kenapa tabur banyak sangat biji . Orang tabur 2 3 biji saja la . hahaha . Kalau banyak-banyak nanti cabai jadi kurus . Errkkk . Manala mamanea tau . Adehh . Tak pa la ini projek pertama mamanea . Nanti-nanti nak beli pasu baru dan tanam lagi dan lagi . hehehe .
Now pokok cabai mamanea dah nampak keluar bunga tau . Balik nanti mamanea tangkap gambar pokok tu . Eee tak sabar nak tunggu keluar cabai . Jengjengjengg~ ^_^y
Comments
Post a Comment