. Teh Ais Lipas?? .

Salam dan selamat petang semua orang!

Eeee tengok tajuk entry kali ini macam geli je kan .Teh Ais Lipas?? Apa tu?? Takkan tak faham kot teh ais lipas tu mestilah teh ais yang ada lipas . Macam teh o ais limau la . Air teh yang kita campur dengan limau . Tapi isu sekarang adalah LIPASSS!! bukan LIMAUUU!! hohoho .. 

Entry sebelum ini yang mamanea cerita pasal pergi jalan-jalan mandi-manda tu ingat tak? Kalau tak ingat sila baca : sini : . Lepas mamanea & family makan di Hammer Bay Ikan Bakar tu kan, kami sekeluarga singgah di rumah mysis di area situ jugak untuk solat Magrib . Then lepas solat tu terasa dahaga . So mysis pergi turun bungkus air dekat kedai makan di bawah (rumah flat) . 

Oke untuk dijadikan cerita, semua pun minum-minum la sorang sebungkus termasuklah mamanea . Sedap punya duk hirup untuk hilangkan dahaga sambil duduk sembang-sembang, tiba-tiba mamanea ternampak benda hitam dalam plastik air yang mamanea minum tu . huhuhu . Mula-mula ingatkan lalat . Kalau lalat macam boleh terima lagi . Belek punya belek tup-tup nampak macam LIPASS!!! Bluwekkk!! dah minum separuh kot air teh tu . huhuhu . Untuk menyedapkan hati --> "nasib baik la hanya anak lipas . Kalau bapak lipas maunya mamanea terjun bangunan!" huhuhuhu . 

Geram pun ada . Geli lagi laaa!! Geram dekat tukang buat air tu . Ini yang membuatkan mamanea malas nak makan kedai . Selalunya pekedai-pekedai ni tak menitikberatkan KEBERSIHAN . Tolonglah wahai pekedai-pekedai , sila UTAMAKAN KEBERSIHAN dalam menyediakan makanan atau minuman kepada pembeli . Kami sebagai pemBELI, beli makanan dan minuman tu menggunakan DUIT . Bukannya minum FREE . So lain kali sila hati-hati . Nasib baik la mamanea ni seorang yang malas nak cari gaduh dan panjangkan cerita . Just assume tukang buat air tu tak nampak lipas tu dah masuk dalam air . huhuhu . Oke tak mahu ingat dah hal itu . :((((( (Kalau mamanea ambil gambar dan saman pekedai tu padan muka!)

: Fikir-fikir balik, sebenarnya lipas tu datang dari mana??? ermm :

Comments

Popular Posts