. Berweekend di Bukit Merah Laketown Resort .

Assalamualaikum kawan-kawan :))

Sihat ke hari ini? Wah dah petang-petang baru berkesempatan nak update blog . Harini rasa macam sekejap je masa berlalu . Mungkin disebabkan cuaca yang baik dan menyamankan . Alhamdulillah pagi tadi hujan turun dengan lebatnya . Sejukkk . 

Oke entry ni mamanea nak share story pasal Bukit Merah . First time mamanea bawak Amnea pergi mandi dekat Bukit Merah . Kebetulan ada sorang akak ni buat promosi tiket murah . Murah sangat bagi mamanea . Akak tu jual RM15 satu tiket dewasa . So laju-laju mamanea PM akak tu book untuk dua orang . So dua tiket mamanea kena bayar RM30+postage RM5 <-- sebab akak ni kena post dekat mamanea . :)) . Harga biasa bagi dewasa RM35 dan bagi kanak-kanak RM30 . Tapi free bagi kanak-kanak yang tingginya kurang dari 3kaki . Time nak book tiket tu ada jugak mamanea tanya dekat akak tu 3kaki tu tinggi berapa? hehe . Akak tu pun main agak-agak la berdasarkan umur Amnea yang nak masuk 2 tahun tu . Akak tu suggest mamanea beli tiket untuk 3 orang sebab tak sure pasal tinggi tu . Tapi mamanea fikir-fikir rasanya kanak-kanak besar Amnea tu masuk free je kot . Last-last mamanea pun book tiket untuk mamanea dan walid sahaja . 

Tiket yang mamanea beli tu available hingga 31 Oktober 2013 . Memula tak decide lagi dengan walid Amnea nak pergi bila . Then bila dah dapat tiket tu, tiba-tiba last weekend walid ajak pergi . Bila fikir balik, minggu depan dah nak puasa . Dah puasa nanti kena tunggu lepas raya baru boleh pergi . Kalau tunggu lepas raya takut Amnea tinggi lebih 3 kaki pulak . hehe . Tak pasal-pasal nanti Amnea masuk kena bayar lagi . So laju-laju la setuju dengan cadangan walid tu . :))

Walid ajak pergi pagi . So lebih kurang pukul 9.00am kami keluar rumah . Jarak ke Bukit Merah tu lebih kurang 20++km je . Dalam pukul 9.40am macam tu kami tiba di Bukit Merah . Masuk je laju-laju simpan barang-barang dalam locker sebelum terjun kolam . hehe . Time pagi ni tak ramai orang . Memang tenang aman dan damai la mandi-manda tu . Macam semua kolam Bukit merah tu kami yang punyaaa . hehehe . Nak cekidout gambar kami tak? Jom-jom!

. yang ni gambar dalam kereta otw nak ke sana .

. baru tiba .

. walid dan Amnea duk warm up dulu . hehe

. budak kecik yang dah tak sabar nak terjun kolam . 

. 1 2 3 terjun!! . :))

. ombak itu tolak kami . huhu . best!!!

. pagi je sempat rasa ombak kuat tu . time tengahari lepas lunch pergi balik dekat kolam besar tu dah tak ada ombak . huhuhu . 

. air terjun la tu kononnya . hahaha

. Amnea takut dengan buaya ni sebenarnya . :p

. yang ni dekat kolam kanak-kanak . air pun cetek je . senang lagi bawak Amnea main dekat air cetek . (nampak macam mamanea je yang lebih ni . oopss jangan marah)

. lebih kurang pukul 2.00pm kami check out sebab Amnea dah pengsan . letih sangat la tu . pengsan time dah siap-siap lepas mandi . huhu tak sempat nak jalan-jalan lawat kawasan .

Sedikit sebanyak je gambar yang mamanea share dekat sini . Nak tengok yang lain-lain kena cekidout dekat FB mamanea . hehehe . Actually malam sebelum pergi tu mamanea ada buat nasi lemak untuk dibekalkan ke Bukit Merah ni . Walid yang request suruh buat nasi lemak . Kononnya nak makan dulu sebelum masuk Bukit Merah sebab makanan luar tak boleh bawak masuk . Tapi sampai-sampai rasa macam kenyang lagi sebab sebelum keluar rumah dah sarap nasi goreng . So tinggalkan bekal makanan dalam kereta . Last-last lapar pulakk . hehe . Tengok makanan dalam tu macam teringin . Harga makanan standard la . Beli nasi goreng 1 pinggan (mama punya) + ayam goreng + milo panas (walid punya) + double decker 2bungkus!(Amnea punya) = RM14.50 . Last-last makan nasi lemak tu time otw pulang <-- itu pun walid terpaksa stop dekat RNR (alamak lupa plak RNR nama apa) sebab takut mamanea mengamuk sebab tengah-tengah malam bersusah payah buat nasi lemak @_@ . Takkan nak makan nasi lemak tu di rumah pulakkk . Penat je mamanea bangun pagi-pagi lepas subuh duk bungkus semua makanan . huhuhu . (walaupun memang walid dah bagi idea makan je nasi lemak tu di rumah!!!) .

Oke-oke itu saja sempat story sebab mamanea mahu pulangggg . Tata semuaa!! Tenkiu sudi baca entry ni . ^_^ .

: Tunggu tiket murah nak pergi lagi . Berbaloi-baloiiiiii :) :

Comments

  1. Macamana nk dpt ticket murah ye..ingat nk pegi raya cina.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts