. Menu Berbuka #14: Nasi Ayam Panggang .

Assalamualaikum semua :)

Hope semuanya sihat-sihat belaka . Diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa . Sekejap sangat rasa masa berlalu . Dan dah tak lama lagi pulak nak raya . Wahh! Tah sabarnya . hehehe . Oke entry kali ni mamanea nak share menu berbuka semalam . 

Semalam mamanea malas lagi nak masak untuk menu berbuka . So lepas pulang dari kerja tu, mamanea just singgah di Bazar Ramadhan Nibong Tebal dan bungkuskan Nasi Ayam Panggang . Semalam memang dah janji dengan walid nak belanja makan Nasi Ayam Panggang tu sebab haritu member mamanea ada belanja mamanea Nasi Ayam Panggang yang sama . Sedap sangat-sangat!!

Kita boleh beli ayam sahaja atau ayam bersama nasi . And ada sekali sambal air asam dan sup . Makan hari ini memang termimpi-mimpi nak beli lagi laa . Siapa-siapa nak try, memang mamanea rekemen sangat-sangat!! Kalau beli ayam sahaja, harganya RM3.00 dan kalau beli sekali dengan Nasi Ayam, harga RM4.00 . Ayam pulak besar-besar . Memang terliur time nak beli tu . hehe . Jom cekidout gambar di bawah :

. Menu Berbuka #14: Nasi Ayam Panggang .

. Sorry dah comot-comot sebab mamanea pindahkan dari polisterin masuk pinggan . hehe .

Disebabkan nasi ayam ni mamanea beli, so tak ada la resepi versi mamanea kali ni . hehe . In Shaa Allah nanti kalau mamanea buat nasi ayam, mamanea share resepi ye . Terima kasih sudi baca blog mamanea sampai habis . Selamat berbuka semua orang!! ^__^y

: Tengah google resepi masak lemak :

Comments

  1. wah ni fav kami sefamily jugak.ada air asam perghhh..terbaiklah menu ni.selamat berpuasa dan menunaikan ibadah terawih ye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sedap hingga menjilat jari...mabeless!!..selamat berpuasa kembali dan selamat juga menunaikan solat terawikh...^_^

      Delete
  2. Nak ayam panggang nak ayam panggang *upin ipin*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts