. 2 Tahun Bergelar Mama .

Assalamualaikum ;)

Diam tak diam dah dua tahun rupanya mamanea memegang title 'Mama' . Masih terngiang-ngiang suara nurse time dalam labor room bagi semangat untuk mamanea push baby keluar . hehe . Selama dua tahun ini bermacam-macam dugaan yang mamanea hadapi, tempuhi, dan jalani bersama kesayangan mama yang sorang tu . Ada yang pahit ada yang manis .

Alhamdulillah kenangan yang manis tu tersangatlah banyak hingga dapat memaniskan yang pahit (apa yang mamanea merapikk ni??? hahaha) . Setiap saat, setiap perkembangan, setiap langkah dan setiap detik . Semuanya membawa kegembiraan dalam hidup mamanea . Syukur alhamdulillah anak mamanea dapat membesar dengan baik :)

Tanggal 25 September 2013 maka genaplah si kecil dua tahun . Dan 1001 kerenah dan ragam yang tercipta . hahaha . <-- pengsannn kalau nak cerita satu-satu . Jom kita cekidout gambar terbaru si anak dara kesayangan mamanea tu jommm . :)) . 

. basikal ni birthday present daripada mamanea .
(sebelum gunting rambut)
Memula dapat basikal memang ciwi ler . Asyik nak naik basikal jer . Kayuh pun tak pandai . hehe lawak betul . Basikal ni mula beli memang tak ada loceng tapi sekarang dah ada sebab walid dah belikan . ;) . Maka hari-harilah si anak dara ni testdrive . Prektis sampai pandai kayuh . Tapi kayuhnya tu sekerat-sekerat . Kayuh 180darjah je . hehe . Kira oke la tu sayang since basikal tu bergerakk . :)) . Yang paling best dan lawak time nak naik basikal tu . Naik dari seat belakang then baru duduk atas seat depan tu . haha . staill betul . Nak naik dari tepi susah kott pada dia . 

Walid pulak belikan anak dara  ni tablet . Tablet murah je untuk tengok citer feveret (upinipin ler tu) . Memula beli tablet ni pun ciwi jugak . Tengah caj pun nak jugak pegi kiss sambil kata "amnea unyaa" . hahaha . Ye laa sayangg mamaaa . Mama tak ambil punnn laa . hahaha .

. pegi klinik petang tadi siap bawak tablet letak dalam beg sekolah . T___T
(selepas gunting rambut <-- bulatt sangattt kanss???)

Oke itu saja nak update memandangkan keyboard lappy walid ni sangat kurang mesra jari . huhu . Ni  semua gara-gara anak dara walid yang kopek keyboard haritu . Bila pasang balik dah liat pulakk nak tekann . Oke permisi dulu ya teman-teman!!!^_^y

Sebelum terlupa, mamanea ingin sekali wish happy belated besday buat anak dara kesayangan mamanea . Sorry sangat-sangat sayang sebab mama tak buat pun besday party untuk Amnea . Just sambut bertiga di Secret Recipe malam besday tu . Mamanea doakan Amnea diberi kesihatan yang baik, dibukakan pintu rezeki seluasnya, diberi keberkatan dalam hidup di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah untuk mama dan walid, beroleh ilmu yang bermanfaat, dan jangan lupa doa untuk mama dan walid selalu . Inshaa Allah . Mama dan walid sayang Nur Eiman Amnea sampai ke syurga . Aminn~

: Entah bila nak baiki pc di sekolah . hurmmm :

Comments

Popular Posts